Thursday

Cara Facebook di Godam (Tutorial)


Salam,

Peringatan : Jangan salah guna kandungan entri ini, ia hanya untuk tujuan pembelajaran dan memberi maklumat kepada anda.

Bagi mil kita perlu tahu tentang cara seseorang menggodam facebook kita agar ada harapan untuk kita "recover" semula Facebook yang digodam. Cara yang ingin mil kongsikan ini ialah godam melalui kaedah "recovery password". Sesiapa pun boleh menggunakan cara ini walaupun mereka bukan pakar dalam bidang IT. Mengapa?.

Sebabnya terdapat "critical vulnerability"(search maksudnya kat google) di dalam sistem facebook kita. Sebenarnya, cara godam ini memberitahu kita mengapa Facebook dapat digodam dengan mudah. Walaupun ada cara yang lain, tapi bagi mil ini adalah cara yang paling senang sekali dan menunjukkan bahawa kita kena berwaspada apabila menggunakan laman Facebook.

Di bawah ini, mil akan memberitahu secara ringkas cara menggodamnya.

Cara Godam (Tutorial) :

Pertama sekali, dapatkan email mangsa, sama ada minta terang-terang ataupun semak info mangsa. Kalau tak ada pandai-pandailah ya, ikut cara anda. Gunakan akaun anda sendiri kalau nak cuba-cuba, jangan pandai-pandai kacau facebook orang lain.

Sudah dapat email mangsa, login ke Facebook menggunakan email tadi.






Mestilah tak dapat login kan, jadi tekan "Forgotten your Password”,
tujuannya untuk pergi ke Facebook Recovery.




Langkah ke 2, Facebook akan cadangkan untuk hantarkan Password ke email mangsa.
Abaikan sahaja dan tekan "No longer have access to these?”.



Anda akan diminta untuk memasukkan email yang baru.
Peringatan email yang sudah mempunyai akaun facebook tidak boleh digunakan.




Langkah 4, pihak Facebook akan memberikan tiga soalan kepada anda dan jawab apa-apa sahaja.



Setelah langkah menjawab soalan selesai. Anda akan di linkkan ke “Recover Your Account Through Friends”. Syarat pertama adalah paling penting, yang mana ia memerlukan 3 akaun facebook. Mengapa? Pihak Facebook akan memberikan 3 kod kepada 3 akaun yang dipilih. Kod-kod itu akan digunakan untuk login masuk ke dalam Facebook mangsa. Selalunya para penggodam akan menggunakan teknik sosial engineering a.k.a buat dua akaun facebook baru dan add mangsa.

Sudah dapat 3 jenis kod, anda masukkan kod itu ke dalam ruang yang disediakan.
SELESAI !!!!!!!! DAPAT AKSES SUDAH.

Tapi kena ingat, Mangsa akan mendapat NOTIS dari Pihak facebook dan akaun facebook mangsa akan di kunci selama 24 jam selepas email dan password diubah. Ke tiga-tiga orang yang mendapat kod itu juga akan tersenarai dalam notis itu. Sesiapa yang menggodam, mungkin akan diketauhi kecuali akaun yang digunakan palsu.

ahHa, senang tak nak godam Facebook. Jadi kena ingat-ingat jangan suka-suka approve orang sesuka hati bila dah kenal betul-betul barulah approve. Ini yang mil perhatikan, ramai yang suka approve walaupun tak kenal. Pengajarannya, jangan mudah percayakan orang.

*NOTES : Boleh digunakan juga kalau facebook korang di hack.^^ . Trick ini masih boleh diguna pakai, tapi telah diubah sedikit oleh Facebook, jadi kena tahulah sendiri.

Sekian.
Think it, Use it ^^ Jangan simpan

Credits : Blog Rads ~

Terima Kasih kerana sudi baca post Az's , Follow Az's taww ~

No comments:

Post a Comment